Jumaat, 12 November 2010

Mentafsir Bahasa Lelaki

Menyingkap rahsia isyarat tubuh lelaki yang mengungkap pelbagai makna buat membantu anda memahaminya.


MENGANGGUKKAN KEPALA
Apabila kamu berbual dengan seorang lelaki dan dia mengangguk-anggukkan kepalanya, itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri kamu. Dia juga sentiasa sedia membantu apabila anda memerlukan pertolongan.


MENDEKATKAN BADAN
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada anda apabila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang kala bersikap keterlaluan.


MERENUNG
Lelaki ini jenis peminta, kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.


MENGGERAKKAN BADAN DAN TANGAN
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.


SUKA BERDIRI
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.


MEMANDANG MATA
Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapat hubunganya dengan orang tersebut.


SENSITIF DENGAN JARAK
Apabila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri dengan jarak tertentu bergantung kepada sejauh mana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.


MENIRU GERAK
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah dibawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.

4 ulasan:

  1. tfsir bahasa incik pulis plak bule? dia suke mkn byk3 pastu mkn mkakan cik yayah. ngehehee

    BalasPadam
  2. hemm....seronok membaca tingkahlaku seseorang:)

    BalasPadam
  3. sila lah tfsir cik yayah.. hehe.. mcm tahu jer suker mkn byk.. :p

    memang seronok teratai.. :)

    BalasPadam
  4. ada tafsir kat sini yer..=)

    BalasPadam

Pendapat Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...