Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Isnin, 29 November 2010

Bayangan Jadi Kenyataan

Salam pada semua sahabat blogger, setelah 2 hari sibuk dengan urusan kerja, kali ini saya berpeluang menambah entri baru untuk dikongsi bersama. Pada entri kali ini, saya akan kongsikan tentang bagaimana kita nak tarik sesuatu yang kita fikirkan, jadi kenyataan. Sesuatu yang menarik kan? Ini memang terjadi dalam kehidupan harian kita. Ini adalah hukum alam, supaya kita menjadi orang yang berfikir. Tapi apa yang kita fikirkan itu mesti lah benda yang baik, sebab benda yang baik selalunya dibalas dengan baik. Sesuatu benda yang selalu kita fikirkan, bincangkan atau bayangkan, di ikuti dengan kemahuan kita yang bersungguh-sungguh, membuatkan hati dan minda kita tertumpu pada apa yang kita fikirkan itu. Tapi, kita kena lah bayangkannya selalu. Dan ianya akan berlaku secara perlahan atau tanpa kita sedari.

Ok, disini saya nak bagi contoh apa yang saya praktikkan. Sebelum ni pada waktu pg, selalunya saya akan gunakan jam loceng untuk kejutkan saya dari tidur. Tapi sekarang, apa yang saya buat, sebelum tido saya akan fikirkan, bayangkan pukul berapa saya akan bangun tidur. Saya fikir dan bayangkan berulang kali sampai saya tertido. Dan bila bangun pagi, Alhamdulillah ia benar-benar berhasil. Tepat pada masa yang saya fikirkan berulang kali itu. Itulah kuasa Allah swt.

Contoh kedua, terjadi pada malam minggu lepas, masa tu, saya tengah komen dibeberapa buah blog, tiba-tiba, ada kerja luar yang perlu diselesaikan. Sedangkan pada waktu tu, saya tengah menunggu followers saya yang ke-100. Bukannya apa, cuma nak print screen waktu tu. Dari saya keluar rumah sampai lah saya balik, dalam fikiran saya asyik membayangkan yang saya akan sempat sampai rumah apabila tiba follower ke-100 saya tu. Dan apa saya fikirkan memang benar-benar menjadi kenyataan. Alhamdulillah, itulah kuasa Allah swt yang menunjukkan kuasanya dalam setiap aspek kehidupan kita supaya kita menjadi orang yang berfikir. Selesai sudah untuk entri kali ini.

 Sempat jugak Print Screen.

Sabtu, 27 November 2010

Siapa Blogger Sebenar?

Gambar ini tidak ada kena mengena dengan persoalan diatas. Gambar saya la tu.hehe



Mungkin semua tertanya-tanya dengan persoalan diatas. Nak tahu kan? Ok, blogger yang sebenar adalah blogger yang jadi dirinya sendiri. Menulis dari hati yang jujur dan ikhlas, tak kisah la tentang apa yg dicoretkan. Kecuali menulis tentang berita terkini yg dipetik dari surat khabar, berita TV mahupun majalah. Itu cuma sekadar info untuk dikongsi bersama. Pada zaman serba moden ni, masih ramai yang suka menjadi orang lain berbanding memilih untuk jadi diri sendiri. Tak salah kalau kita menjadikan sesorang blogger itu sebagai sumber inspirasi atau rujukan kita. Tapi, jangan sesekali kita meniru bulat-bulat(copy & paste) sebab kita akan hilang jati diri. Kita ambik yang positif, kemudian kita amalkan dengan gaya atau cara kita yang tersendiri. Elakkan dari menulis atau mengkritik tentang orang lain, sebeb itu bukanlah sifat orang yang berjaya. Banyak perkara yang boleh kita tulis, salah satu contohnya ialah tentang Idea, yang boleh memajukan diri kita atau menyatupadukan kita sebagai manusia. Baru la kita akan menjadi blogger yang sebenar.

Jumaat, 26 November 2010

Petua Nampak Muda

Pagi2 buta ni, teringin pulak nk bg petua... hehe.. Petua ni untuk blogger2 yg tak nak nampak tua, walaupun usia dh mencencah 30-an ke atas. ok, terus to the point. Untuk kita melambatkan proses penuaan, kita bukan saja kena jaga bahagian luaran. Untuk kekalkan kulit agar lebih efektif, penjagaan dalaman turut membantu dalam proses ni. Selain minum air mineral atau air putih sebanyak 8 gelas sehari serta membanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran segar sebagai antioksidan, ada ramuan tradisional yang boleh membantu dalam proses ni.

Bahan-bahannya :
• Teh
• 4 sudu madu
• 1 sudu serbuk kayu manis

Cara-caranya :
Campurkan 4 sudu madu, 1 sudu serbuk kayu manis dan 3 cawan air. Rebus seakan-akan teh.

Minumlah 1/4 cawan sebanyak 3-4 kali sehari secara teratur untuk nampak lebih efektif melambatkan proses penuaan. Kulit akan nampak lebih segar dan lembut tanpa melibatkan bahan kimia.

Sekian... Selamat mencuba.

Khamis, 25 November 2010

Blogger Baru

Gambar Pinjam En google

Rasanya baru bulan ni aku aktif berblogging... cari kawan sana sini, mengkaji blog yg best2. Carigali resepi yg mungkin aku tak tahu. Banyak jugak review blog ke blog ni. Yang paling best sekali aku tgok, blog BENT ASHAARI dan MAT GEBU. Cara mereka ni unik dan mudah sekali utk kita dipraktikkan. Bak kata mat salleh GIVE & TAKE. Ada kerjasama, baru boleh cepat maju. Jom sama2 kita pratikkan.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...