Salam pada semua sahabat blogger. Mungkin anda terkejut dengan tajuk entri saya kali ini. Terkejut sebab anda adalah pengikut setia Ben Ashaari. Dan ada juga yg mungkin tidak terkejut, sebab dia betul-betul rase yang Ben Ashaari ni sombong. Ok, kepada sesiapa yang telah pun menjadi pengikut setia blog Ben Ashaari, nasihat saya, teruskanlah menjadi pengikut yang baik. Ada juga yg sudah sekian lama menjadi pengikut Ben Ashaari, tp cuma separuh jalan. Ini lah tajuk sebenar yang saya nak bincangkan. Sebab ada dikalangan mereka ini menganggap Ben Ashaari ini sombong sebab dia tidak pernah melawat ataupun tinggalkan komen di blog mereka.Mungkin ada yang terasa atau kecik hati. Kepada mereka yang menganggap begitu, saya nasihatkan supaya mereka cepat-cepat maafkan beliau. Sebab Ben Ashaari Bukan lah sombong, cuma dia tidak berkesempatan untuk menjejak seramai 5177 pengikutnya setakat ini. Buangkan tanggapan negatif itu. Fikir positif, fikirkan pekara yang baik-baik supaya diri kita menjadi yang terbaik. Perkara-perkara yang baik itu adalah kecemerlangan, kejayaan, kebahagiaan dan sesuatu yang mengembirakan. Saya bercakap mengenai Ben Ashaari ini adalah sebagai contoh, sebab dia mempunyai pengikut yang ramai dan boleh dikatakan blogger yang berjaya. Mendekatkan diri dengan orang yang berjaya adalah motivasi untuk kita berjaya. Secara perlahan-laha, aura yang ada pada dia akan masuk ke dalam diri kita. Lama-kelamaan kita jugak akan turut berjaya. Insya'allah. Saya juga adalah salah seorang pengikut blog Ben Ashaari. Saya juga selalu melawat Blog Ben Ashaari dan selalu tinggalkan komen. Tapi dia tidak pernah sekali pun dia datang komen diblog saya, namun saya tidak pernah menganggap dia sombong. Malah saya teruskan menyokong Ben Ashaari. Ada lagi blog yang popular atau seangkatan dengannya seperti blog Mat Gebu yang sama situasi seperti ini. Kita sebagai rakan blogger, sepatutnya menyokong blogger2 lain disekeling kita, tidak kira la blog itu popular atau tidak. Teruskan menyokong untuk sama-sama kita maju kehadapan. Insya'allah. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat Hari Lahir kepada Ben Ashaari yang ke...??? hehe.. teka sendiri ok. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Amin...