Khamis, 9 Disember 2010

SEGMEN CERPEN KREATIF

Satu lagi Segmen dari Ben Ashaari.


Bagaimana lah rasanya jika bumi yang dipijak ini kering kontang tanpa rumput yang menghijau, gunung-ganang yang tinggi telah menjadi bukit-bukau yang rendah, bak musim kemarau yang panjang. Aduh, siksa rasanya hidup ini, kehausan sepanjang hari menunggu sang hujan tak kunjung tiba, umpana menunggu bulan jatuh keriba. Setiap hari ku merasa bahang matahari yg terik membakar jiwaku yang lemah lagi lesu.


image
Alangkah indahnya duniaku, jika bumi yang kupijak ini ditumbuhi dedaun yang menghijau, air sungai yang mengalir deras tanpa pasang surut, dihiasi pula dengan pokok ru ditebing sungai. Aduh sungguh nyaman rasanya. Ingin sekali kuberteduh dibawah pokok itu yang berlatarbelakang gunung-ganang yang tinggi, mengadap sungai yang jernih airnya sambil mengarang cerpen untuk segmen Ben Ashaari kali ini.
  

Rabu, 8 Disember 2010

Cara Mudah untuk BlogWalking

Salam blogger sekalian. Disini Fizzo nk kongsi dengan rakan blogger semua bagaimana nk berblogwalking dengan lebih mudah dan jimatkan masa. Terlebih dahulu, Fizzo dpt ni dari entri Wyna. Terima Kasih.

Ok, ada 6 syarat dan Syarat2nya adalah seperti berikut:

1) Macam biasa, kena ada banner BlogLarian.

2) Kena jadi Followers BlogLarian.
Fizzo dah follow.. hehe

3) Cipta Slogan yg Berbunyi... Saya suka berblogwalking kerana...
Fizzo suka berblogwalking kerana dpt menambah kenalan sambil membaca entri yg menarik.

4) Tag 3 org rakan atau lebih

5) Beritahu rakan tag anda tentang BlogLarian
BlogLarian ni, adalah tempat kita mudah untuk buat blogwalking tanpa buka banyak tab. Sebab kt blog ni boleh paparkan 4-5 blog sekali gus. Senang lah untuk kita blogwalking dan follow blog yang lain. Nak tengok tutorial klik kat sini.

6) Akhir sekali, Masukkan link en3 bersama tajuk blog ke dalam komen blog Pendaftaran BlogLarian untuk buat pendaftaran.



Isnin, 6 Disember 2010

Award lagi...

Kali ini, Award diterima setelah di Tag oleh Encik Mamat. Terima kasih kepada beliau yang sudi Tag Fizzo untuk terima Award ni. Walaupun lewat Fizzo ambil Award ni, disebabkan baru balik bercuti bersama keluarga, Tapi Fizzo tetap nk jugakkk.. hehe..


Award yang diterima.

Tapi ada soalan yang perlu diselesaikan untuk Award kali ini. 

1) Apakah yang anda rasa, apabila mempunyai ramai follower?
Mestilah rasa seronok, ada kawan yang ramai.

2) Pendapat tentang Award di atas.
Simple & Nice, ade aiskrim dan cherry... hehe

3) Apakah yang anda akan buat untuk mempunyai ramai follower?
Selalu BW, pastu kalau boleh tingalkan komen kt entri.

4) Sila upload gambar award follower kamu.
Dah ade kt sebelah tepi tu.. hehe

5) Taggedkan award ni kepada 5 orang.


Kak Teratai
Ati Masrif
Tieka Nadira
Aku Anak Pahang
Kak Lina_PG

Jumaat, 3 Disember 2010

Dan Sekali Lagi

Syukur skali lagi... dapat award kali yg ke-2.. Kali datang dari blog  MENCARI KETENGAN .... Terima Kasih Tieka. 

Ini lah Award yang saya dapat

  Tahniah juga kepada Tieka yang telah mencapai lebih dari 100 pengikut. Rase cepat jugak la, sebab hari tu, masa saya follow blog Tieka ni, saya adalah follower ke-20. Tiba-tiba bila tengok pagi ni, dah lebih dari 100. Syabas Tieka, teruskan usaha, insya'allah.

Khamis, 2 Disember 2010

Pertama Kali

Pertama Kali?? Ya, ini lah pertama kali Fizzo dapat Award setelah sebulan menjadi blogger. Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih kepada Kak Teratatai (Kelip-kelip kehidupan)

Ini lah Award yang Fizzo dapat.

Dengan Hati yang terbuka dan sangat teruja, Fizzo menerima Award ini dengan rasa syukur dan terharu. Bertambah semangat rasanya. Terima Kasih juga kepada semua rakan blogger yang menyokong selama ini. Semoga kita sama-sama mencapai kejayaan. Insya'allah...  

Rabu, 1 Disember 2010

Aku Blogger! So What???

[image[3].png]
Satu lagi segmen menarik dari Ben Ashaari

   Nama sebenar, Mohd Faizul Mohamed Noor, lahir di Kota Bharu, Kelantan, dan membesar Pulau Pinang. Sekolah Rendah(darjah 1-6) di SK Bayan Lepas, Pulau Pinang. Sekolah Menengah pula, Penang Free School. Tamat sahaja SPM, saya terus ditawarkan kerja sebagai designer disebuah syarikat pengiklanan. Dan sampai sekarang, alhamdulillah saya sudah ada syarikat pengiklanan saya sendiri.

Soalan yang perlu dijawab:-

Apakah pendapat anda mengenai dunia blog?
Pada pendapat saya, dunia blog ini terbuka kepada sesiapa sahaja, boleh digunakan untuk perniagaan, diari peribadi, luahan perasaan, info kesihatan, resepi masakan dan bermacam-macam lagi.

Sepanjang anda menjadi blogger, apakah perkara positif dan negatif yang pernah anda alami?
Perkara positif yang saya alami adalah, dapat berkenalan dengan ramai blogger, dari yang baru sampai lah Blogger yang dah Otai. Selain itu, saya juga dapat info atau tips yang bermanfaat dari blog-blog yang saya ikut. Perkara yang negatif pula, saya dapat lihat ada diantara blogger yang menceritakan hal-hal keburukkan orang lain atau menokok tambah cerita dimana blogger itu sendiri tidak tahu sejauh mana kesahihan cerita tersebut.


Apakah blog ini hanya untuk mencari nama / glamour?
erm.. saya suka soalan anda ni. Blog ini sebenarnya bukanlah untuk mencari nama / glamour, blog ini adalah untuk kita bertukar pendapat, kongsi cerita yang menarik, cerita kisah kehidupan harian kita, memberi info dan nasihat. glamour tu tidak la penting sangat. Yang penting adalah keikhlasan menulis blog. Kita perlu memberi yang terbaik kepada semua orang supaya kita juga akan mendapat yang terbaik.


Banggakah anda menjadi seorang blogger?
Sudah tentu saya bangga menjadi seorang blogger. Ia amat menyeronokkan. Dapat menambah bilangan kawan kita serta dapat info dan tips-tips yang menarik dari sahabat-sahabat blogger dan juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim diantara kita.

Selasa, 30 November 2010

Ben Ashaari Sombong???


Salam pada semua sahabat blogger. Mungkin anda terkejut dengan tajuk entri saya kali ini. Terkejut sebab anda adalah pengikut setia Ben Ashaari. Dan ada juga yg mungkin tidak terkejut, sebab dia betul-betul rase yang Ben Ashaari ni sombong. Ok, kepada sesiapa yang telah pun menjadi pengikut setia blog Ben Ashaari, nasihat saya, teruskanlah menjadi pengikut yang baik. Ada juga yg sudah sekian lama menjadi pengikut Ben Ashaari, tp cuma separuh jalan. Ini lah tajuk sebenar yang saya nak bincangkan.  Sebab ada dikalangan mereka ini menganggap Ben Ashaari ini sombong sebab dia tidak pernah melawat ataupun tinggalkan komen di blog mereka.Mungkin ada yang terasa atau kecik hati. Kepada mereka yang menganggap begitu, saya nasihatkan supaya mereka cepat-cepat maafkan beliau. Sebab Ben Ashaari Bukan lah sombong, cuma dia tidak berkesempatan untuk menjejak seramai 5177 pengikutnya setakat ini. Buangkan tanggapan negatif itu. Fikir positif, fikirkan pekara yang baik-baik supaya diri kita menjadi yang terbaik. Perkara-perkara yang baik itu adalah kecemerlangan, kejayaan, kebahagiaan dan sesuatu yang mengembirakan. Saya bercakap mengenai Ben Ashaari ini adalah sebagai contoh, sebab dia mempunyai pengikut yang ramai dan boleh dikatakan blogger yang berjaya. Mendekatkan diri dengan orang yang berjaya adalah motivasi untuk kita berjaya. Secara perlahan-laha, aura yang ada pada dia akan masuk ke dalam diri kita. Lama-kelamaan kita jugak akan turut berjaya. Insya'allah. Saya juga adalah salah seorang pengikut blog Ben Ashaari. Saya juga selalu melawat Blog Ben Ashaari dan selalu tinggalkan komen. Tapi dia tidak pernah sekali pun dia datang komen diblog saya, namun saya tidak pernah menganggap dia sombong. Malah saya teruskan menyokong Ben Ashaari. Ada lagi blog yang popular atau seangkatan dengannya seperti blog Mat Gebu yang sama situasi seperti ini. Kita sebagai rakan blogger, sepatutnya menyokong blogger2 lain disekeling kita, tidak kira la blog itu popular atau tidak. Teruskan menyokong untuk sama-sama kita maju kehadapan. Insya'allah. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat Hari Lahir kepada Ben Ashaari yang ke...??? hehe.. teka sendiri ok. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Amin...

Isnin, 29 November 2010

Bayangan Jadi Kenyataan

Salam pada semua sahabat blogger, setelah 2 hari sibuk dengan urusan kerja, kali ini saya berpeluang menambah entri baru untuk dikongsi bersama. Pada entri kali ini, saya akan kongsikan tentang bagaimana kita nak tarik sesuatu yang kita fikirkan, jadi kenyataan. Sesuatu yang menarik kan? Ini memang terjadi dalam kehidupan harian kita. Ini adalah hukum alam, supaya kita menjadi orang yang berfikir. Tapi apa yang kita fikirkan itu mesti lah benda yang baik, sebab benda yang baik selalunya dibalas dengan baik. Sesuatu benda yang selalu kita fikirkan, bincangkan atau bayangkan, di ikuti dengan kemahuan kita yang bersungguh-sungguh, membuatkan hati dan minda kita tertumpu pada apa yang kita fikirkan itu. Tapi, kita kena lah bayangkannya selalu. Dan ianya akan berlaku secara perlahan atau tanpa kita sedari.

Ok, disini saya nak bagi contoh apa yang saya praktikkan. Sebelum ni pada waktu pg, selalunya saya akan gunakan jam loceng untuk kejutkan saya dari tidur. Tapi sekarang, apa yang saya buat, sebelum tido saya akan fikirkan, bayangkan pukul berapa saya akan bangun tidur. Saya fikir dan bayangkan berulang kali sampai saya tertido. Dan bila bangun pagi, Alhamdulillah ia benar-benar berhasil. Tepat pada masa yang saya fikirkan berulang kali itu. Itulah kuasa Allah swt.

Contoh kedua, terjadi pada malam minggu lepas, masa tu, saya tengah komen dibeberapa buah blog, tiba-tiba, ada kerja luar yang perlu diselesaikan. Sedangkan pada waktu tu, saya tengah menunggu followers saya yang ke-100. Bukannya apa, cuma nak print screen waktu tu. Dari saya keluar rumah sampai lah saya balik, dalam fikiran saya asyik membayangkan yang saya akan sempat sampai rumah apabila tiba follower ke-100 saya tu. Dan apa saya fikirkan memang benar-benar menjadi kenyataan. Alhamdulillah, itulah kuasa Allah swt yang menunjukkan kuasanya dalam setiap aspek kehidupan kita supaya kita menjadi orang yang berfikir. Selesai sudah untuk entri kali ini.

 Sempat jugak Print Screen.

Sabtu, 27 November 2010

Siapa Blogger Sebenar?

Gambar ini tidak ada kena mengena dengan persoalan diatas. Gambar saya la tu.hehe



Mungkin semua tertanya-tanya dengan persoalan diatas. Nak tahu kan? Ok, blogger yang sebenar adalah blogger yang jadi dirinya sendiri. Menulis dari hati yang jujur dan ikhlas, tak kisah la tentang apa yg dicoretkan. Kecuali menulis tentang berita terkini yg dipetik dari surat khabar, berita TV mahupun majalah. Itu cuma sekadar info untuk dikongsi bersama. Pada zaman serba moden ni, masih ramai yang suka menjadi orang lain berbanding memilih untuk jadi diri sendiri. Tak salah kalau kita menjadikan sesorang blogger itu sebagai sumber inspirasi atau rujukan kita. Tapi, jangan sesekali kita meniru bulat-bulat(copy & paste) sebab kita akan hilang jati diri. Kita ambik yang positif, kemudian kita amalkan dengan gaya atau cara kita yang tersendiri. Elakkan dari menulis atau mengkritik tentang orang lain, sebeb itu bukanlah sifat orang yang berjaya. Banyak perkara yang boleh kita tulis, salah satu contohnya ialah tentang Idea, yang boleh memajukan diri kita atau menyatupadukan kita sebagai manusia. Baru la kita akan menjadi blogger yang sebenar.

Jumaat, 26 November 2010

Petua Nampak Muda

Pagi2 buta ni, teringin pulak nk bg petua... hehe.. Petua ni untuk blogger2 yg tak nak nampak tua, walaupun usia dh mencencah 30-an ke atas. ok, terus to the point. Untuk kita melambatkan proses penuaan, kita bukan saja kena jaga bahagian luaran. Untuk kekalkan kulit agar lebih efektif, penjagaan dalaman turut membantu dalam proses ni. Selain minum air mineral atau air putih sebanyak 8 gelas sehari serta membanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran segar sebagai antioksidan, ada ramuan tradisional yang boleh membantu dalam proses ni.

Bahan-bahannya :
• Teh
• 4 sudu madu
• 1 sudu serbuk kayu manis

Cara-caranya :
Campurkan 4 sudu madu, 1 sudu serbuk kayu manis dan 3 cawan air. Rebus seakan-akan teh.

Minumlah 1/4 cawan sebanyak 3-4 kali sehari secara teratur untuk nampak lebih efektif melambatkan proses penuaan. Kulit akan nampak lebih segar dan lembut tanpa melibatkan bahan kimia.

Sekian... Selamat mencuba.

Khamis, 25 November 2010

Saya Suka Blog Awak La!

image

Segment baru yg best dari blog BEN ASHAARI. Pada blogger2, jom ikut serta, memang best.

Kat bawah ni adalah senarai blog yg sy suka, termasukla blog BA tu. Oleh sebab BA dah memang Otai, dan dh dikenali ramai, sy namakan blog yg sy suka selain dr blog BA.

Sy suka blog ni sbb blog ni kemas dan menarik. Selain dr suka baca entri kt blog ni, Tuan punya blog iaitu LM, sangat friendly.

Blog ni pown sy suka sebab simple dan mudah difahami, walaupown Inchik Eman ni junior 2x dr sy, tp blog dea 2x lebih menarik dr blog sy.

haa.. Blog ni sy suka sbb ada info2 menarik dan terkini. Ade jer info baru kat blog ni.

Blog ni pown best gak. Simple jer, tp entri dea ni mudah dibaca dan difahami. Kat blog ni, sy boleh kenal ngan blogger2 otai yg menjadi idola kepada blogger2 lain.

Blog yg santai, tenang jer bila singgah kt blog ni. Simple dan slalu update. Salah satu follower sy yg terawal.

Itu lah 5 blog yg saya suka. SAYA MENGETAHUI SEGMEN INI DARI BLOG LM(Lydia Miza) tq LM.




NINA'S COLLECTIONS GIVEAWAY


Salam semua... Jom kita sertai GA dari Nina's Collections. Hadiah yg menarik. Cepat sebelum terlambat. Tarikh tutup dah nk dekat. Cuma Tag  3 org rakan blog anda...  dan saya akan TAG :

Blogger Baru

Gambar Pinjam En google

Rasanya baru bulan ni aku aktif berblogging... cari kawan sana sini, mengkaji blog yg best2. Carigali resepi yg mungkin aku tak tahu. Banyak jugak review blog ke blog ni. Yang paling best sekali aku tgok, blog BENT ASHAARI dan MAT GEBU. Cara mereka ni unik dan mudah sekali utk kita dipraktikkan. Bak kata mat salleh GIVE & TAKE. Ada kerjasama, baru boleh cepat maju. Jom sama2 kita pratikkan.  

Selasa, 23 November 2010

Sahabat Blogger Giveaway


Salam pada sahabat2 blogger sekalian, pada sesiapa yg sudi, jom kita sama2 join GA ni yg dianjurkan oleh LM (Llydia Miza). Sokongan dari anda amat dihargai. Sila klik disini untuk maklumat lanjut atau syarat2 penyertaan GA ini. Sekian Terima Kasih.

Isnin, 22 November 2010

Stop Child Abuse

unicef

Penderaan kanak-kanak atau menyalahgunakan kuasa ke atas kanak-kanak adalah tingkah laku yang tidak adil sama sekali. Pekara ini bukan baru dizaman sekarang ni. Ia telah berlaku dari zaman dulu lagi. Lihat saja iklan tv, radio dan surat khabar. Dari kita masih sekolah lagi sudah ada iklan hentikan penderaan kanak-kanak ini. Tapi malangnya, ianya masih juga berlaku dizaman sekarang ini. Pada pendapat saya, Kerajaan perlu adakan satu akta yang lebih berat, contohnya Pesalah dikenakan hukuman sebat dan penjara beberapa tahun sehingga kanak-kanak itu berusia 18tahun. Tindakan ini perlu diambil supaya dapat melindungi serta memberi keselesaan pembelajaran kanak-kanak tersebut sehingga tamat peperiksaan sekolah menengah.

Jumaat, 19 November 2010

Love Dress

Salmah yang berusia awal 50-an telah pergi ke rumah anak perempuannya yang baru dua bulan berkahwin. Sampai saja di rumah anaknya itu, dia terkejut besar apabila melihat anaknya tidak berpakaian. Lalu bertanya,


Salmah : "hey watie, kenapa kamu tak pakai baju?"
Watie   : "Ini love dress saya, mak. Sekejap lagi suami saya balik dari kerja."
Salmah : ohhh..


     Selepas berbual dengan anaknya itu, dia pulanglah ke rumahnya. Sampai je rumah, Salmah segera mandi kemudian berbaring di atas sofa di ruang tamu tanpa mengenakan pakaian. Tepat jam 5 petang, suaminya pun pulang...


Suami   : "hey Salmah, kenapa awak tak pakai baju langsung ni?? Apa dah jadi ni??
Salmah : "Inilah Love Dress saya Bang! Khas untuk abang!"
Suami   : Oh tidak!
              "Kenapa tak iron dulu...!"

Selasa, 16 November 2010

Ibubapa


Kenapa kita kena hormat ibubapa kita sampai bila2? Mari kita sama2 renungkan, sejak lahirnya kita ke muka bumi ni, masa mak kita nak lahirkan kita, tu pun dah satu azab. Mase kita masih bayi, berapa banyak ibubapa kita bekorban, cari duit untuk besarkan kita. Ok, sekarang kita jangan kira masa kita bayi, kalau nk kira memang banyak, duit susu, pampes (time aku dulu lampin jer) sekarang mari kita kira masa kita dah masuk sekolah rendah. Satu hari pergi sekolah, duit belanja RM2 (itu tahun 90an, sekarang tak tahu la duit belanja berapa) tak termasuk duit yuran, nk beli buku dan sebagainya. Balik sekolah nk duit lg, petang ade kelas tambahan atau pg bersukan kt sekolah, kurang2 pun RM2. 5 hari sekolah RM20, sabtu ahad, mungkin dpt RM2(sekarang tak tahu la berapa ibubapa bagi) untuk beli keropok dan gula2. Jadi, seminggu dah RM24. Sebulan RM96. Kalau masuk duit buku dan yuran dh jd seratus lebih. Itu utk seorg anak, kalau 2,3 org? berapa agaknya? Itu tidak termasuk keperluan yg lain seperti baju, seluar , kasut. Cuba kita kira dari kita darjah 1 sampai darjah 6. Macam mana pulak bila dh masuk sekolah menengah? Mesti lg tinggi belanja kan. Kalau sekolah rendah belanja kita seratus lebih, sekolah menengah mungkin dh cecah 2ratus lebih sebulan. Cuba kira dr kita form 1 sampai la SPM. Banyak kan ibubapa kita belanja utk besarkan serta bg pendidikan utk kita. Sekarang bila kita dh besar dan bekerja, berapakah kita boleh bg kt ibubapa kita setiap bulan? Atau ingat kah kita pada jasa ibubapa kita dulu? Sedangkan kita tak sedar bahawasanya sekarang, ibubapa kita dekat kampung tiap2 hari doakan kejayaan serta kebahagian kita. Berapa org kah diantara kita yg ingat jasa2 ibubapa kita atau doakan kesihatan ibubapa kita di kampung? Sama-sama lah kita renungkan. Jangan sekadar renung, ambil tindakkan segera. Selalu lah hubungi ibubapa kita walaupun kita tak mampu lg nk hulurkan duit pada mereka walaupun hanya RM50 sebulan.

Jumaat, 12 November 2010

Mentafsir Bahasa Lelaki

Menyingkap rahsia isyarat tubuh lelaki yang mengungkap pelbagai makna buat membantu anda memahaminya.


MENGANGGUKKAN KEPALA
Apabila kamu berbual dengan seorang lelaki dan dia mengangguk-anggukkan kepalanya, itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri kamu. Dia juga sentiasa sedia membantu apabila anda memerlukan pertolongan.


MENDEKATKAN BADAN
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada anda apabila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang kala bersikap keterlaluan.


MERENUNG
Lelaki ini jenis peminta, kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.


MENGGERAKKAN BADAN DAN TANGAN
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.


SUKA BERDIRI
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.


MEMANDANG MATA
Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapat hubunganya dengan orang tersebut.


SENSITIF DENGAN JARAK
Apabila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri dengan jarak tertentu bergantung kepada sejauh mana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.


MENIRU GERAK
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah dibawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.

Khamis, 11 November 2010

12 Perilaku Wanita Yang Tak Disukai Lelaki

Gosip, mata duitan, sering mengkritik dan terlalu bergantung pada lelaki ialah empat dari 12 perilaku wanita yang tidak disukai oleh lelaki. Apa lagi yang lainnya?


1.GOSIP
   Mengkritik penampilan atau kepintaran orang lain ialah bentuk persaingan para wanita untuk secara verbal menyingkirkan para pesaingnya. Namun, untuk sekadar tahu bahawa kaum lelaki tidak merasa selesa berada dekat wanita yang kerjanya hanya mengkritik dan memperkecilkan wanita lain. Hal ini akan membuat si wanita kelihatan kerdil dan sempit.


2.MATA DUITAN
   Tidak seorang lelaki pun yang inginkan wang ringgit atau harta kekayaan menjadi daya tarikan utamanya. Kebanyakkan lelaki bahkan beranggapan pertanyaan "Anda berkerja dimana dan sebagai apa?" ketika pertama kali berkenalan dengan seorang wanita itu adalah pertanyaan yang sama dengan "Berapa besar gaji anda setiap bulan."


3.SUKA MENCELA
   Lelaki akan merasa tersinggung apabila seseorang secara konstan menunjunkkan kekurangan mereka. Tidak ada seorang pun yang suka untuk dikritik apalagi bila disebutkan bahawa mereka sebenarnya boleh melakukan sesuatu dengan lebih baik dalam apa2 aktiviti mahupun membuat keputusan dalam sesuatu masalah.


4.TERLALU BERGANTUNG PADA LELAKI
   Sebilangan wanita suka mengharapkan seluruh kehidupannya kepada lelaki. Mereka tidak boleh memilih filem atau restoran tanpa nasihat dari lelaki. Mereka bergantung kepada seorang lelaki untuk melakukan segala hal dan selalu menelefon berulang kali dalam satu hari. Perilaku seperti ini boleh membuatkan lelaki menjadi gusar.


5.CEMBURU
   Bila anda seorang pencemburu, maka itu bererti anda telah menjatuhkan diri sendiri dihadapan seorang lelaki. Cara terbaik untuk boleh terus mendekatkan diri dengan seorang lelaki ialah dengan memberikan kebebasan. Bila dia boleh dipercayai, maka lanjutkanlah hubungan itu. Bila anda dapat tahu kalau dia ternyata curang, maka tinggalkanlah dia dan mulai kehidupan dengan lelaki baru.


6.TIDAK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH
   Lelaki tidak suka kepada wanita yang tidak mengatakan terima kasih setelah mereka bersusah payah  mengatur pertemuan, memilih restoran atau mengajak jalan-jalan. Maka itu, ucapkan terima kasih saat dia pulang. Sangat bijak bila anda menelefonnya sekali lagi untuk mengucapkan terima kasih sekali lagi.


7.TIDAK PERCAYA DIRI
   Lelaki akan merasa enak berada dekat wanita yang merasa nyaman dan percaya dengan dirinya sendiri. Ketika seorang lelaki memberikan pujian, yang diharapkannya adalah ucapan terima kasih. Itu sebagai tanda bahawa anda boleh menerima pujian. Jangan menafikan pujiannya kerana itu akan membuatnya kesal. 


8.MENGINGAT CINTA LAMA
   Bila seorang wanita terus menerus berbicara tentang hubungan cinta lamanya, maka lelaki akan beranggapan bahawa wanita itu sama sekali tidak tertarik padanya atau belum boleh melupakan kekasih lamanya. Lelaki juga boleh merasa terancam apabila diminta untuk menceritakan hubungannya dengan kekasih lamanya. Maka, jangan lakukan itu!


9.TUKANG PROTES
   Jangan harap hubungan anda berhasil bila anda adalah seorang wanita yang selalu protes. Lelaki akan merasa dirinya dituntut bila si wanita menganggap ia boleh menyelesaikan semua masalah yang dikeluhkan kepadanya.


10.MEMBAWA TERLALU BANYAK BARANG
     Berjalan-jalan atau bercuti dengan membawa beg barang yg banyak merupakan tanda bahawa wanita itu menganggap dirinya primadona yang memerlukan seorang lelaki untuk membantunya membawa barangannya itu. Jika benda-benda yang akan dibawa tidak cukup untuk dimasukkan dalam satu traveling beg, lebih baik tinggalkan saja barangan itu dirumah.


11.MENGUMPAT
     Wanita biasanya suka bercakap kisah-kisah remeh, berborak seharian tentang sesuatu yang remeh seperti apa yang penata rambut mereka katakan atau sesuatu yang digosip oleh seseorang. Carilah topik percakapan yang lebih berfaedah seperti berita atau cerita yang lucu. Topik tersebut lebih menarik bagi lelaki daripada membincangkan hal-hal yang bersifat terlalu kewanitaan.


12.MEMBUAT DIA MENUNGGU
     Dalam sesuatu wawancara, seorang lelaki berkata "Lelaki tidak akan pernah menginginkan orang lain menunggu ketika dia menggunakan minyak perapi rambut atau sedang mencukur kumisnya. Namun, seorang wanita sering membuat seorang lelaki menunggu saat ia berdandanan. Bahkan kadang2 sampai 45minit.

Ahad, 7 November 2010

Mak

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup..... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Rabu, 13 Oktober 2010

Pelan Masa Depan

Formula 70/30

Teknik ini membahagikan pendapatan anda kepada 2 bahagian:

70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan. Ini termasuk untuk bayaran rumah, kereta, makan dan shopping! Jika tidak cukup anda perlu mencari jalan untuk kurangkan perbelanjaan Anda sehingga ianya mencukupi 70% daripada pendapatan. Anda boleh melakukannya dengan penjimatan yang realistik.

Sebagai contoh jika gaji anda adalah RM2000 sebulan, Anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM1400 (70%) sahaja pada bulan tersebut.

Baki 30% (atau RM600) akan kita gunakan untuk menjana kekayaan!

~10% pertama (RM200) Anda gunakan untuk kebajikan, samada menolong orang tua, anak yatim, dan menderma ke masjid. Ingat, rezeki yang berkat akan membawa kebahagiaan dan digandakan!

~10% kedua (RM200) Anda gunakan untuk bisnes. Tidak kira apa juga bisnes yang ingin anda ceburi, anda perlukan modal untuk permulaan. Pergi kursus, beli buku, program dan sebagainya. Pelajari sesuatu yang baru, buka minda anda dan anda pasti menemui sesuatu yang menguntungkan.

-10% terakhir (RM200) Anda SIMPAN untuk masa depan anda. Ini adalah kunci kepada kejayaan anda kerana ianya bakal meledakkan akaun bank anda dalam senyap.

Nota: Jika Anda MENYIMPAN RM200 setiap bulan dengan bonus 10% setahun, SIMPANAN Anda bakal mencecah:

>> RM175,000 (selama 20 tahun)
>> RM525,000 (selama 30 tahun)
>> RM1.4Juta (selama 40 tahun)

Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika Anda mahu menjana kekayaan dalam hidup. Tidak kira walau berapa pun gaji anda sebulan, anda mesti gunakan teknik diatas untuk masa depan anda.

Tetapi tidak semua orang akan ikut walau betapa hebat sekalipun formula ini. Dan sebab itulah tidak ramai yang jadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun dah pencen. Ini kerana mereka tiada lebihan wang untuk disimpan.Ini mungkin juga kerana mereka terlalu boros dan tidak pernah terfikir untuk berjimat demi masa depan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...