Selasa, 16 November 2010

Ibubapa


Kenapa kita kena hormat ibubapa kita sampai bila2? Mari kita sama2 renungkan, sejak lahirnya kita ke muka bumi ni, masa mak kita nak lahirkan kita, tu pun dah satu azab. Mase kita masih bayi, berapa banyak ibubapa kita bekorban, cari duit untuk besarkan kita. Ok, sekarang kita jangan kira masa kita bayi, kalau nk kira memang banyak, duit susu, pampes (time aku dulu lampin jer) sekarang mari kita kira masa kita dah masuk sekolah rendah. Satu hari pergi sekolah, duit belanja RM2 (itu tahun 90an, sekarang tak tahu la duit belanja berapa) tak termasuk duit yuran, nk beli buku dan sebagainya. Balik sekolah nk duit lg, petang ade kelas tambahan atau pg bersukan kt sekolah, kurang2 pun RM2. 5 hari sekolah RM20, sabtu ahad, mungkin dpt RM2(sekarang tak tahu la berapa ibubapa bagi) untuk beli keropok dan gula2. Jadi, seminggu dah RM24. Sebulan RM96. Kalau masuk duit buku dan yuran dh jd seratus lebih. Itu utk seorg anak, kalau 2,3 org? berapa agaknya? Itu tidak termasuk keperluan yg lain seperti baju, seluar , kasut. Cuba kita kira dari kita darjah 1 sampai darjah 6. Macam mana pulak bila dh masuk sekolah menengah? Mesti lg tinggi belanja kan. Kalau sekolah rendah belanja kita seratus lebih, sekolah menengah mungkin dh cecah 2ratus lebih sebulan. Cuba kira dr kita form 1 sampai la SPM. Banyak kan ibubapa kita belanja utk besarkan serta bg pendidikan utk kita. Sekarang bila kita dh besar dan bekerja, berapakah kita boleh bg kt ibubapa kita setiap bulan? Atau ingat kah kita pada jasa ibubapa kita dulu? Sedangkan kita tak sedar bahawasanya sekarang, ibubapa kita dekat kampung tiap2 hari doakan kejayaan serta kebahagian kita. Berapa org kah diantara kita yg ingat jasa2 ibubapa kita atau doakan kesihatan ibubapa kita di kampung? Sama-sama lah kita renungkan. Jangan sekadar renung, ambil tindakkan segera. Selalu lah hubungi ibubapa kita walaupun kita tak mampu lg nk hulurkan duit pada mereka walaupun hanya RM50 sebulan.

1 ulasan:

  1. salam

    Kita semua bermula daripada ibu bapa dan mereka sanggup berkorban untuk kita. Tapi adakah semua antara kita sanggup membela nasib ibu bapa sama seperti mereka membela kita? Inilah persoalan yang bermain dalam fikiran saya selalu...

    BalasPadam

Pendapat Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...