Khamis, 9 Disember 2010

SEGMEN CERPEN KREATIF

Satu lagi Segmen dari Ben Ashaari.


Bagaimana lah rasanya jika bumi yang dipijak ini kering kontang tanpa rumput yang menghijau, gunung-ganang yang tinggi telah menjadi bukit-bukau yang rendah, bak musim kemarau yang panjang. Aduh, siksa rasanya hidup ini, kehausan sepanjang hari menunggu sang hujan tak kunjung tiba, umpana menunggu bulan jatuh keriba. Setiap hari ku merasa bahang matahari yg terik membakar jiwaku yang lemah lagi lesu.


image
Alangkah indahnya duniaku, jika bumi yang kupijak ini ditumbuhi dedaun yang menghijau, air sungai yang mengalir deras tanpa pasang surut, dihiasi pula dengan pokok ru ditebing sungai. Aduh sungguh nyaman rasanya. Ingin sekali kuberteduh dibawah pokok itu yang berlatarbelakang gunung-ganang yang tinggi, mengadap sungai yang jernih airnya sambil mengarang cerpen untuk segmen Ben Ashaari kali ini.
  

Rabu, 8 Disember 2010

Cara Mudah untuk BlogWalking

Salam blogger sekalian. Disini Fizzo nk kongsi dengan rakan blogger semua bagaimana nk berblogwalking dengan lebih mudah dan jimatkan masa. Terlebih dahulu, Fizzo dpt ni dari entri Wyna. Terima Kasih.

Ok, ada 6 syarat dan Syarat2nya adalah seperti berikut:

1) Macam biasa, kena ada banner BlogLarian.

2) Kena jadi Followers BlogLarian.
Fizzo dah follow.. hehe

3) Cipta Slogan yg Berbunyi... Saya suka berblogwalking kerana...
Fizzo suka berblogwalking kerana dpt menambah kenalan sambil membaca entri yg menarik.

4) Tag 3 org rakan atau lebih

5) Beritahu rakan tag anda tentang BlogLarian
BlogLarian ni, adalah tempat kita mudah untuk buat blogwalking tanpa buka banyak tab. Sebab kt blog ni boleh paparkan 4-5 blog sekali gus. Senang lah untuk kita blogwalking dan follow blog yang lain. Nak tengok tutorial klik kat sini.

6) Akhir sekali, Masukkan link en3 bersama tajuk blog ke dalam komen blog Pendaftaran BlogLarian untuk buat pendaftaran.



Isnin, 6 Disember 2010

Award lagi...

Kali ini, Award diterima setelah di Tag oleh Encik Mamat. Terima kasih kepada beliau yang sudi Tag Fizzo untuk terima Award ni. Walaupun lewat Fizzo ambil Award ni, disebabkan baru balik bercuti bersama keluarga, Tapi Fizzo tetap nk jugakkk.. hehe..


Award yang diterima.

Tapi ada soalan yang perlu diselesaikan untuk Award kali ini. 

1) Apakah yang anda rasa, apabila mempunyai ramai follower?
Mestilah rasa seronok, ada kawan yang ramai.

2) Pendapat tentang Award di atas.
Simple & Nice, ade aiskrim dan cherry... hehe

3) Apakah yang anda akan buat untuk mempunyai ramai follower?
Selalu BW, pastu kalau boleh tingalkan komen kt entri.

4) Sila upload gambar award follower kamu.
Dah ade kt sebelah tepi tu.. hehe

5) Taggedkan award ni kepada 5 orang.


Kak Teratai
Ati Masrif
Tieka Nadira
Aku Anak Pahang
Kak Lina_PG

Jumaat, 3 Disember 2010

Dan Sekali Lagi

Syukur skali lagi... dapat award kali yg ke-2.. Kali datang dari blog  MENCARI KETENGAN .... Terima Kasih Tieka. 

Ini lah Award yang saya dapat

  Tahniah juga kepada Tieka yang telah mencapai lebih dari 100 pengikut. Rase cepat jugak la, sebab hari tu, masa saya follow blog Tieka ni, saya adalah follower ke-20. Tiba-tiba bila tengok pagi ni, dah lebih dari 100. Syabas Tieka, teruskan usaha, insya'allah.

Khamis, 2 Disember 2010

Pertama Kali

Pertama Kali?? Ya, ini lah pertama kali Fizzo dapat Award setelah sebulan menjadi blogger. Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih kepada Kak Teratatai (Kelip-kelip kehidupan)

Ini lah Award yang Fizzo dapat.

Dengan Hati yang terbuka dan sangat teruja, Fizzo menerima Award ini dengan rasa syukur dan terharu. Bertambah semangat rasanya. Terima Kasih juga kepada semua rakan blogger yang menyokong selama ini. Semoga kita sama-sama mencapai kejayaan. Insya'allah...  

Rabu, 1 Disember 2010

Aku Blogger! So What???

[image[3].png]
Satu lagi segmen menarik dari Ben Ashaari

   Nama sebenar, Mohd Faizul Mohamed Noor, lahir di Kota Bharu, Kelantan, dan membesar Pulau Pinang. Sekolah Rendah(darjah 1-6) di SK Bayan Lepas, Pulau Pinang. Sekolah Menengah pula, Penang Free School. Tamat sahaja SPM, saya terus ditawarkan kerja sebagai designer disebuah syarikat pengiklanan. Dan sampai sekarang, alhamdulillah saya sudah ada syarikat pengiklanan saya sendiri.

Soalan yang perlu dijawab:-

Apakah pendapat anda mengenai dunia blog?
Pada pendapat saya, dunia blog ini terbuka kepada sesiapa sahaja, boleh digunakan untuk perniagaan, diari peribadi, luahan perasaan, info kesihatan, resepi masakan dan bermacam-macam lagi.

Sepanjang anda menjadi blogger, apakah perkara positif dan negatif yang pernah anda alami?
Perkara positif yang saya alami adalah, dapat berkenalan dengan ramai blogger, dari yang baru sampai lah Blogger yang dah Otai. Selain itu, saya juga dapat info atau tips yang bermanfaat dari blog-blog yang saya ikut. Perkara yang negatif pula, saya dapat lihat ada diantara blogger yang menceritakan hal-hal keburukkan orang lain atau menokok tambah cerita dimana blogger itu sendiri tidak tahu sejauh mana kesahihan cerita tersebut.


Apakah blog ini hanya untuk mencari nama / glamour?
erm.. saya suka soalan anda ni. Blog ini sebenarnya bukanlah untuk mencari nama / glamour, blog ini adalah untuk kita bertukar pendapat, kongsi cerita yang menarik, cerita kisah kehidupan harian kita, memberi info dan nasihat. glamour tu tidak la penting sangat. Yang penting adalah keikhlasan menulis blog. Kita perlu memberi yang terbaik kepada semua orang supaya kita juga akan mendapat yang terbaik.


Banggakah anda menjadi seorang blogger?
Sudah tentu saya bangga menjadi seorang blogger. Ia amat menyeronokkan. Dapat menambah bilangan kawan kita serta dapat info dan tips-tips yang menarik dari sahabat-sahabat blogger dan juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim diantara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...