Khamis, 11 November 2010

12 Perilaku Wanita Yang Tak Disukai Lelaki

Gosip, mata duitan, sering mengkritik dan terlalu bergantung pada lelaki ialah empat dari 12 perilaku wanita yang tidak disukai oleh lelaki. Apa lagi yang lainnya?


1.GOSIP
   Mengkritik penampilan atau kepintaran orang lain ialah bentuk persaingan para wanita untuk secara verbal menyingkirkan para pesaingnya. Namun, untuk sekadar tahu bahawa kaum lelaki tidak merasa selesa berada dekat wanita yang kerjanya hanya mengkritik dan memperkecilkan wanita lain. Hal ini akan membuat si wanita kelihatan kerdil dan sempit.


2.MATA DUITAN
   Tidak seorang lelaki pun yang inginkan wang ringgit atau harta kekayaan menjadi daya tarikan utamanya. Kebanyakkan lelaki bahkan beranggapan pertanyaan "Anda berkerja dimana dan sebagai apa?" ketika pertama kali berkenalan dengan seorang wanita itu adalah pertanyaan yang sama dengan "Berapa besar gaji anda setiap bulan."


3.SUKA MENCELA
   Lelaki akan merasa tersinggung apabila seseorang secara konstan menunjunkkan kekurangan mereka. Tidak ada seorang pun yang suka untuk dikritik apalagi bila disebutkan bahawa mereka sebenarnya boleh melakukan sesuatu dengan lebih baik dalam apa2 aktiviti mahupun membuat keputusan dalam sesuatu masalah.


4.TERLALU BERGANTUNG PADA LELAKI
   Sebilangan wanita suka mengharapkan seluruh kehidupannya kepada lelaki. Mereka tidak boleh memilih filem atau restoran tanpa nasihat dari lelaki. Mereka bergantung kepada seorang lelaki untuk melakukan segala hal dan selalu menelefon berulang kali dalam satu hari. Perilaku seperti ini boleh membuatkan lelaki menjadi gusar.


5.CEMBURU
   Bila anda seorang pencemburu, maka itu bererti anda telah menjatuhkan diri sendiri dihadapan seorang lelaki. Cara terbaik untuk boleh terus mendekatkan diri dengan seorang lelaki ialah dengan memberikan kebebasan. Bila dia boleh dipercayai, maka lanjutkanlah hubungan itu. Bila anda dapat tahu kalau dia ternyata curang, maka tinggalkanlah dia dan mulai kehidupan dengan lelaki baru.


6.TIDAK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH
   Lelaki tidak suka kepada wanita yang tidak mengatakan terima kasih setelah mereka bersusah payah  mengatur pertemuan, memilih restoran atau mengajak jalan-jalan. Maka itu, ucapkan terima kasih saat dia pulang. Sangat bijak bila anda menelefonnya sekali lagi untuk mengucapkan terima kasih sekali lagi.


7.TIDAK PERCAYA DIRI
   Lelaki akan merasa enak berada dekat wanita yang merasa nyaman dan percaya dengan dirinya sendiri. Ketika seorang lelaki memberikan pujian, yang diharapkannya adalah ucapan terima kasih. Itu sebagai tanda bahawa anda boleh menerima pujian. Jangan menafikan pujiannya kerana itu akan membuatnya kesal. 


8.MENGINGAT CINTA LAMA
   Bila seorang wanita terus menerus berbicara tentang hubungan cinta lamanya, maka lelaki akan beranggapan bahawa wanita itu sama sekali tidak tertarik padanya atau belum boleh melupakan kekasih lamanya. Lelaki juga boleh merasa terancam apabila diminta untuk menceritakan hubungannya dengan kekasih lamanya. Maka, jangan lakukan itu!


9.TUKANG PROTES
   Jangan harap hubungan anda berhasil bila anda adalah seorang wanita yang selalu protes. Lelaki akan merasa dirinya dituntut bila si wanita menganggap ia boleh menyelesaikan semua masalah yang dikeluhkan kepadanya.


10.MEMBAWA TERLALU BANYAK BARANG
     Berjalan-jalan atau bercuti dengan membawa beg barang yg banyak merupakan tanda bahawa wanita itu menganggap dirinya primadona yang memerlukan seorang lelaki untuk membantunya membawa barangannya itu. Jika benda-benda yang akan dibawa tidak cukup untuk dimasukkan dalam satu traveling beg, lebih baik tinggalkan saja barangan itu dirumah.


11.MENGUMPAT
     Wanita biasanya suka bercakap kisah-kisah remeh, berborak seharian tentang sesuatu yang remeh seperti apa yang penata rambut mereka katakan atau sesuatu yang digosip oleh seseorang. Carilah topik percakapan yang lebih berfaedah seperti berita atau cerita yang lucu. Topik tersebut lebih menarik bagi lelaki daripada membincangkan hal-hal yang bersifat terlalu kewanitaan.


12.MEMBUAT DIA MENUNGGU
     Dalam sesuatu wawancara, seorang lelaki berkata "Lelaki tidak akan pernah menginginkan orang lain menunggu ketika dia menggunakan minyak perapi rambut atau sedang mencukur kumisnya. Namun, seorang wanita sering membuat seorang lelaki menunggu saat ia berdandanan. Bahkan kadang2 sampai 45minit.

4 ulasan:

  1. uik? 5 n 12 tu xleh nk buang lg. erk!

    BalasPadam
  2. hihihi..byknye...???ni nak kena mtk maaf ngan si dia nih..byk buat salah ni...:)

    BalasPadam
  3. sebab no 4 tu aku tak leh teruskan ngan sorang admire aku dulu..
    tu yg susah nak lekat tu..

    ZooL

    BalasPadam
  4. cik yayah :: slow2 nnti ok la tu.. hehe
    MyZone :: hehe.. kne minta maaf cepat2..
    Zool :: lpas ni mudah-mudahan lekat la..

    BalasPadam

Pendapat Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...