Ben Ashaari Sombong???
Salam pada semua sahabat blogger. Mungkin anda terkejut dengan tajuk entri saya kali ini. Terkejut sebab anda adalah pengikut setia Ben Ashaari. Dan ada juga yg mungkin tidak terkejut, sebab dia betul-betul rase yang Ben Ashaari ni sombong. Ok, kepada sesiapa yang telah pun menjadi pengikut setia blog Ben Ashaari, nasihat saya, teruskanlah menjadi pengikut yang baik. Ada juga yg sudah sekian lama menjadi pengikut Ben Ashaari, tp cuma separuh jalan. Ini lah tajuk sebenar yang saya nak bincangkan. Sebab ada dikalangan mereka ini menganggap Ben Ashaari ini sombong sebab dia tidak pernah melawat ataupun tinggalkan komen di blog mereka.Mungkin ada yang terasa atau kecik hati. Kepada mereka yang menganggap begitu, saya nasihatkan supaya mereka cepat-cepat maafkan beliau. Sebab Ben Ashaari Bukan lah sombong, cuma dia tidak berkesempatan untuk menjejak seramai 5177 pengikutnya setakat ini. Buangkan tanggapan negatif itu. Fikir positif, fikirkan pekara yang baik-baik supaya diri kita menjadi yang terbaik. Perkara-perkara yang baik itu adalah kecemerlangan, kejayaan, kebahagiaan dan sesuatu yang mengembirakan. Saya bercakap mengenai Ben Ashaari ini adalah sebagai contoh, sebab dia mempunyai pengikut yang ramai dan boleh dikatakan blogger yang berjaya. Mendekatkan diri dengan orang yang berjaya adalah motivasi untuk kita berjaya. Secara perlahan-laha, aura yang ada pada dia akan masuk ke dalam diri kita. Lama-kelamaan kita jugak akan turut berjaya. Insya'allah. Saya juga adalah salah seorang pengikut blog Ben Ashaari. Saya juga selalu melawat Blog Ben Ashaari dan selalu tinggalkan komen. Tapi dia tidak pernah sekali pun dia datang komen diblog saya, namun saya tidak pernah menganggap dia sombong. Malah saya teruskan menyokong Ben Ashaari. Ada lagi blog yang popular atau seangkatan dengannya seperti blog Mat Gebu yang sama situasi seperti ini. Kita sebagai rakan blogger, sepatutnya menyokong blogger2 lain disekeling kita, tidak kira la blog itu popular atau tidak. Teruskan menyokong untuk sama-sama kita maju kehadapan. Insya'allah. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat Hari Lahir kepada Ben Ashaari yang ke...??? hehe.. teka sendiri ok. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Amin...
Bagi akak Ben xsombong,akak sekali skala msuk blog dia,bila akak follow..dia terus follow akak n kunjung balas,walaupun xtgglkn msg kat cbox
BalasPadambro ben xsombong bgi aku..sebab dia selalu bgi tips2 tuk blog kite sume maju..
BalasPadammr.ben kita ok lah..die dah banyak usaha nak merapatkan hubungan antara blogger..
BalasPadamdia tak dtg ke blog kita tak bermakna dia sombong.. tips & info berguna yg kita dapat dari blog dia tu lebih penting untuk kita nilai bagaimana dia sebenarnya...
BalasPadamnak tanya diri sendiri, kalau pengunjung dah ribu2 masuk sehari apa kita nak buat?
BalasPadamseri sendiri dah berapa kali masok berserta dengan komen tapi tak pernah dia datang. seri tak kisah kerana kita faham akan kesibukkan dia.
bagi seri biarlah kita jujur dan ikhlas kalau membuat sesuatu perkara tanpa mengharap balasan.
Salam
BalasPadamMana ada dia sombong , adakah mereka yg ckp dia sombong tu pasti ben x pernah masuk blog anda?check semula .
kak nak tanya sikit, Ben A n mat gebu tu bukan ke org yg sama, konfius?
BalasPadamHuhuhuhu..Fizzo..
BalasPadamKena fahamlah kesibukan dia kan ? Kita sendiri pun yg ada follower ntah berapa kerat tak terkejar nak ikut semua inikan pula dia yg ada more than 5k dah.
Tak pernah pun anggap dia sombong. Dia banyak kongsi ilmu. Akak masuk blog dia each time dia update. Sesekali komen jika perlu. Mostly jadi pembaca senyap jer walaupun dia maybe tak follow/jejak/komen pun blog akak.
Terasa hati ? Taklah..
wahhh..macam artis kan..hehe
BalasPadamabg ben tidak sumbunk.....sokong abg BEN...
BalasPadamsalam
BalasPadammana tahu dia tak dtg?
kekadang dia dtg tp bw je
kalau rajin terus komen blog dia
nanti dia akan flw kita pula tau
terus berusaha ye...
Salam TAKAJUT saya tadi bila tengok tajuk entri anda. Moralnya jangan selalu beranggapan yang tidak baik untuk seseorg. Jika kita penah membaca kisah ketam cina dan ketam melayu elok juga di jadikan sandaran .:)
BalasPadamNew Entry "Aku, Kamu dan Entri."
WAH... nampaknya ramai yg memberi sokongan pada Ben Ashaari(BA) sama seperti saya.. walaupun BA tak follow saya, BA tak pernah comment kt blog saya dan tak pernah message kat ShoutMix chat saya. Saya akan tetap terus menyokong BA, sokong anda yg tggalkan comment disini dan pada semua blogger2 lain diluar sana.
BalasPadamp/s : jangan terlalu fokus pada diri sendiri.. sebaliknya fokus pada insan lain. Dalam menjalani hubungan sebagai sahabat, kita tidak boleh terlalu pentingkan hati dan perasaan kita.
Tak perlu terlalu harapkan sahabat kita tu akan ambil berat selalu pasal diri kita. Tp, kita ambil berat tentang dirinya. Apabila kita ambil berat, secara tidak langsung, dia akan buat hal yang sama terhadap kita.
Bahagiakan orang dulu dan kita akan turut bahagia dibuatnya.
tak sombong arr fizzo. kakchik dh jmpa dia pun ari tu. hehe ..
BalasPadamsalam pada kakchik.. saya tak ckap pun BA tu sombong... sebab tu la saya letak tanda soal(???) kat belakang tajuk entri tu.. Maksud Entri saya, hanyalah utk orang yang menganggap kita ni sombong.. Ben Ashaari tu adalah sebagai contoh sahaja... Kalau letak sesape pun kt tempat BA tu, message tetap sama mcm tu jugak..
BalasPadamp/s terima kasih kepada semua yg sudi bg pendapat...
saya sombong^^ bole gitu:p
BalasPadamhee..main2 je..beliaukn bz,ramai follower lg kn..mne smpt nk jnguk n tnggl jejak satu2..tp brdasarkn segmen2 yg beliau duk bt tu nmpk sgtlah yg beliau bw n care pd mslh2 blogger lain..^^
eye betul tu alexa... beliau kuat berusaha dan nampak bersungguh utk menyatukan blogger2.. mari kita beri sokongan pada beliau..
BalasPadamhhuhu otai jgn lupa jugak zack zuhairi..blogger yg ada dekat 14 ribu follower tu..
BalasPadammane boleh lupa bro, kita kna respect otai2 ni... harap2 kita pun boleh mencapai ketahap tu satu hari nanti.. insya'allah...
BalasPadammane ade bro ben sombong~! sempoi ja.. aritu jumpe siap bg tip2 lagi..huhu
BalasPadam