Isnin, 29 November 2010

Bayangan Jadi Kenyataan

Salam pada semua sahabat blogger, setelah 2 hari sibuk dengan urusan kerja, kali ini saya berpeluang menambah entri baru untuk dikongsi bersama. Pada entri kali ini, saya akan kongsikan tentang bagaimana kita nak tarik sesuatu yang kita fikirkan, jadi kenyataan. Sesuatu yang menarik kan? Ini memang terjadi dalam kehidupan harian kita. Ini adalah hukum alam, supaya kita menjadi orang yang berfikir. Tapi apa yang kita fikirkan itu mesti lah benda yang baik, sebab benda yang baik selalunya dibalas dengan baik. Sesuatu benda yang selalu kita fikirkan, bincangkan atau bayangkan, di ikuti dengan kemahuan kita yang bersungguh-sungguh, membuatkan hati dan minda kita tertumpu pada apa yang kita fikirkan itu. Tapi, kita kena lah bayangkannya selalu. Dan ianya akan berlaku secara perlahan atau tanpa kita sedari.

Ok, disini saya nak bagi contoh apa yang saya praktikkan. Sebelum ni pada waktu pg, selalunya saya akan gunakan jam loceng untuk kejutkan saya dari tidur. Tapi sekarang, apa yang saya buat, sebelum tido saya akan fikirkan, bayangkan pukul berapa saya akan bangun tidur. Saya fikir dan bayangkan berulang kali sampai saya tertido. Dan bila bangun pagi, Alhamdulillah ia benar-benar berhasil. Tepat pada masa yang saya fikirkan berulang kali itu. Itulah kuasa Allah swt.

Contoh kedua, terjadi pada malam minggu lepas, masa tu, saya tengah komen dibeberapa buah blog, tiba-tiba, ada kerja luar yang perlu diselesaikan. Sedangkan pada waktu tu, saya tengah menunggu followers saya yang ke-100. Bukannya apa, cuma nak print screen waktu tu. Dari saya keluar rumah sampai lah saya balik, dalam fikiran saya asyik membayangkan yang saya akan sempat sampai rumah apabila tiba follower ke-100 saya tu. Dan apa saya fikirkan memang benar-benar menjadi kenyataan. Alhamdulillah, itulah kuasa Allah swt yang menunjukkan kuasanya dalam setiap aspek kehidupan kita supaya kita menjadi orang yang berfikir. Selesai sudah untuk entri kali ini.

 Sempat jugak Print Screen.

20 ulasan:

  1. setiap kejadian Allah tu ada hikmahnya.. yang penting kita kena yakin dengan apa yang Allah berikan kepada kita.. jgn pernah pun lalai dengan segala tuntutanya..

    BalasPadam
  2. wah menarik kuasa berfikir ni kan.. boleh diamalkan la..

    BalasPadam
  3. Betul tu ayie.. jgn pernah lalai.. Yakin dengan Allah yg menciptakan kita utk berfikir. Itu hukum Alam. Ia dicipta untuk memudahkan kita dan utk jadikan kita insan cemerlang.

    nur, awk boleh cuba, cuma 1 syaratnya adalah niat utk kebaikan. Awak mesti fikirkan sesuatu itu selalu atau berulang kali dan bersungguh2 dgn niat yg betul.

    BalasPadam
  4. Salam terjah hari senin yang bz semoga anda ceria sentiasa :)
    New Entry "Cemburu-cemburu nie apa?"

    BalasPadam
  5. Daya imaginasi ~ salah satu cara melatih minda berfikir dan kaedah ini juga boleh menghindarkan kita daripada mendapat stress! Sebab kita bayangan sesuatu yg baik, so minda kita akan menjadi relaks..

    BalasPadam
  6. wah.. sesuatu yg harus di cuba

    BalasPadam
  7. Salam
    Bagus tu keazaman,setelah brusaha keras.Akhirnya keyakinan yg tinggi kepada Allah kerana Allah yang bisa menunaikan segala yang kita hajati..akhirnya...IMPIAN TERCAPAI.

    BalasPadam
  8. Cuba dgn niat yg baik taw... Insya'allah..

    LM - terima kasih utk LM jugak, selama ni bg sokongan kt Fizzo...

    BalasPadam
  9. salam.

    selalu jd mcm tu kalau kita fokus kan

    BalasPadam
  10. salam... Ati mesti pernah terjadi kan... :)

    BalasPadam
  11. wahhh...bertuahnya saya jadi yg ke100..kuasa minda anda menghubungkan kepda saya :D

    BalasPadam
  12. setiap apa yang inginkan asal ianya ada niat yang elok, insyaAllah, mesti jadi.. tahniah! =)

    BalasPadam
  13. bila nawaitu ok,ok la jadinya..
    tahniah bro..

    BalasPadam
  14. Stylistikaizzieyshahzfiziey - amboi, panjang namatu, disebab anda yg ke 100, saya kena taip jugak nama tu, tanda penghargaan.. tq... :)

    liyanaziz - betul tu, insyaAllah..

    Hisyamuddin - terima kasih bro..

    BalasPadam
  15. wahh tahniah fizzo ^^
    nawaitu ke landasan yg betul insyaallah menjadi ^^

    ni ade special utk fizzo --> mp3 mashimaro free!!

    BalasPadam
  16. tahniah bro.
    semoga jumlah followr yg btmbh jd semangat utk bro terus berblog.hehe

    BalasPadam
  17. salam..kunjungan balas.. i follow u ek..
    wow..100..i punyer ntah bp xcek pn..hehe..
    tau ciput je..kui3

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama1:15 PTG

    betul tu, ianya seolah2 suatu psikologi dalam diri, cntohnya seperti nak bgun pagi, minda memainkan peranan yg pnting..

    Namun, di sebalik psikologi itu tersimpan kekuasaan allah yang maha besar..=)

    BalasPadam
  19. salam fizzo..akak enterprem gak tuh dlm 100 follower hik3

    BalasPadam
  20. Terima Kasih- anamizu, nazirulhazwan, Ayuraza, alienelliz, kak lina dan semua blogger... semoga kita terus bersemangat utk terus berblog dan berjaya...
    Pada kak lina, entrprem ke kak.. hehe.. ok la tu..

    BalasPadam

Pendapat Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...