Selasa, 30 November 2010
Ben Ashaari Sombong???
Isnin, 29 November 2010
Bayangan Jadi Kenyataan
Salam pada semua sahabat blogger, setelah 2 hari sibuk dengan urusan kerja, kali ini saya berpeluang menambah entri baru untuk dikongsi bersama. Pada entri kali ini, saya akan kongsikan tentang bagaimana kita nak tarik sesuatu yang kita fikirkan, jadi kenyataan. Sesuatu yang menarik kan? Ini memang terjadi dalam kehidupan harian kita. Ini adalah hukum alam, supaya kita menjadi orang yang berfikir. Tapi apa yang kita fikirkan itu mesti lah benda yang baik, sebab benda yang baik selalunya dibalas dengan baik. Sesuatu benda yang selalu kita fikirkan, bincangkan atau bayangkan, di ikuti dengan kemahuan kita yang bersungguh-sungguh, membuatkan hati dan minda kita tertumpu pada apa yang kita fikirkan itu. Tapi, kita kena lah bayangkannya selalu. Dan ianya akan berlaku secara perlahan atau tanpa kita sedari.
Ok, disini saya nak bagi contoh apa yang saya praktikkan. Sebelum ni pada waktu pg, selalunya saya akan gunakan jam loceng untuk kejutkan saya dari tidur. Tapi sekarang, apa yang saya buat, sebelum tido saya akan fikirkan, bayangkan pukul berapa saya akan bangun tidur. Saya fikir dan bayangkan berulang kali sampai saya tertido. Dan bila bangun pagi, Alhamdulillah ia benar-benar berhasil. Tepat pada masa yang saya fikirkan berulang kali itu. Itulah kuasa Allah swt.
Contoh kedua, terjadi pada malam minggu lepas, masa tu, saya tengah komen dibeberapa buah blog, tiba-tiba, ada kerja luar yang perlu diselesaikan. Sedangkan pada waktu tu, saya tengah menunggu followers saya yang ke-100. Bukannya apa, cuma nak print screen waktu tu. Dari saya keluar rumah sampai lah saya balik, dalam fikiran saya asyik membayangkan yang saya akan sempat sampai rumah apabila tiba follower ke-100 saya tu. Dan apa saya fikirkan memang benar-benar menjadi kenyataan. Alhamdulillah, itulah kuasa Allah swt yang menunjukkan kuasanya dalam setiap aspek kehidupan kita supaya kita menjadi orang yang berfikir. Selesai sudah untuk entri kali ini.
Sempat jugak Print Screen.
Sabtu, 27 November 2010
Siapa Blogger Sebenar?
Gambar ini tidak ada kena mengena dengan persoalan diatas. Gambar saya la tu.hehe
Mungkin semua tertanya-tanya dengan persoalan diatas. Nak tahu kan? Ok, blogger yang sebenar adalah blogger yang jadi dirinya sendiri. Menulis dari hati yang jujur dan ikhlas, tak kisah la tentang apa yg dicoretkan. Kecuali menulis tentang berita terkini yg dipetik dari surat khabar, berita TV mahupun majalah. Itu cuma sekadar info untuk dikongsi bersama. Pada zaman serba moden ni, masih ramai yang suka menjadi orang lain berbanding memilih untuk jadi diri sendiri. Tak salah kalau kita menjadikan sesorang blogger itu sebagai sumber inspirasi atau rujukan kita. Tapi, jangan sesekali kita meniru bulat-bulat(copy & paste) sebab kita akan hilang jati diri. Kita ambik yang positif, kemudian kita amalkan dengan gaya atau cara kita yang tersendiri. Elakkan dari menulis atau mengkritik tentang orang lain, sebeb itu bukanlah sifat orang yang berjaya. Banyak perkara yang boleh kita tulis, salah satu contohnya ialah tentang Idea, yang boleh memajukan diri kita atau menyatupadukan kita sebagai manusia. Baru la kita akan menjadi blogger yang sebenar.
Jumaat, 26 November 2010
Petua Nampak Muda
Pagi2 buta ni, teringin pulak nk bg petua... hehe.. Petua ni untuk blogger2 yg tak nak nampak tua, walaupun usia dh mencencah 30-an ke atas. ok, terus to the point. Untuk kita melambatkan proses penuaan, kita bukan saja kena jaga bahagian luaran. Untuk kekalkan kulit agar lebih efektif, penjagaan dalaman turut membantu dalam proses ni. Selain minum air mineral atau air putih sebanyak 8 gelas sehari serta membanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran segar sebagai antioksidan, ada ramuan tradisional yang boleh membantu dalam proses ni.
Bahan-bahannya :
• Teh
• 4 sudu madu
• 1 sudu serbuk kayu manis
Cara-caranya :
Campurkan 4 sudu madu, 1 sudu serbuk kayu manis dan 3 cawan air. Rebus seakan-akan teh.
Minumlah 1/4 cawan sebanyak 3-4 kali sehari secara teratur untuk nampak lebih efektif melambatkan proses penuaan. Kulit akan nampak lebih segar dan lembut tanpa melibatkan bahan kimia.
Sekian... Selamat mencuba.

Khamis, 25 November 2010
Saya Suka Blog Awak La!
Segment baru yg best dari blog BEN ASHAARI. Pada blogger2, jom ikut serta, memang best.
Kat bawah ni adalah senarai blog yg sy suka, termasukla blog BA tu. Oleh sebab BA dah memang Otai, dan dh dikenali ramai, sy namakan blog yg sy suka selain dr blog BA.
Sy suka blog ni sbb blog ni kemas dan menarik. Selain dr suka baca entri kt blog ni, Tuan punya blog iaitu LM, sangat friendly.
Blog ni pown sy suka sebab simple dan mudah difahami, walaupown Inchik Eman ni junior 2x dr sy, tp blog dea 2x lebih menarik dr blog sy.
haa.. Blog ni sy suka sbb ada info2 menarik dan terkini. Ade jer info baru kat blog ni.
Blog ni pown best gak. Simple jer, tp entri dea ni mudah dibaca dan difahami. Kat blog ni, sy boleh kenal ngan blogger2 otai yg menjadi idola kepada blogger2 lain.
Blog yg santai, tenang jer bila singgah kt blog ni. Simple dan slalu update. Salah satu follower sy yg terawal.
Itu lah 5 blog yg saya suka. SAYA MENGETAHUI SEGMEN INI DARI BLOG LM(Lydia Miza) tq LM.
NINA'S COLLECTIONS GIVEAWAY
Salam semua... Jom kita sertai GA dari Nina's Collections. Hadiah yg menarik. Cepat sebelum terlambat. Tarikh tutup dah nk dekat. Cuma Tag 3 org rakan blog anda... dan saya akan TAG :
Blogger Baru
Gambar Pinjam En google
Selasa, 23 November 2010
Sahabat Blogger Giveaway
Salam pada sahabat2 blogger sekalian, pada sesiapa yg sudi, jom kita sama2 join GA ni yg dianjurkan oleh LM (Llydia Miza). Sokongan dari anda amat dihargai. Sila klik disini untuk maklumat lanjut atau syarat2 penyertaan GA ini. Sekian Terima Kasih.
Isnin, 22 November 2010
Stop Child Abuse
Penderaan kanak-kanak atau menyalahgunakan kuasa ke atas kanak-kanak adalah tingkah laku yang tidak adil sama sekali. Pekara ini bukan baru dizaman sekarang ni. Ia telah berlaku dari zaman dulu lagi. Lihat saja iklan tv, radio dan surat khabar. Dari kita masih sekolah lagi sudah ada iklan hentikan penderaan kanak-kanak ini. Tapi malangnya, ianya masih juga berlaku dizaman sekarang ini. Pada pendapat saya, Kerajaan perlu adakan satu akta yang lebih berat, contohnya Pesalah dikenakan hukuman sebat dan penjara beberapa tahun sehingga kanak-kanak itu berusia 18tahun. Tindakan ini perlu diambil supaya dapat melindungi serta memberi keselesaan pembelajaran kanak-kanak tersebut sehingga tamat peperiksaan sekolah menengah.
Jumaat, 19 November 2010
Love Dress
Salmah yang berusia awal 50-an telah pergi ke rumah anak perempuannya yang baru dua bulan berkahwin. Sampai saja di rumah anaknya itu, dia terkejut besar apabila melihat anaknya tidak berpakaian. Lalu bertanya,
Salmah : "hey watie, kenapa kamu tak pakai baju?"
Watie : "Ini love dress saya, mak. Sekejap lagi suami saya balik dari kerja."
Salmah : ohhh..
Selepas berbual dengan anaknya itu, dia pulanglah ke rumahnya. Sampai je rumah, Salmah segera mandi kemudian berbaring di atas sofa di ruang tamu tanpa mengenakan pakaian. Tepat jam 5 petang, suaminya pun pulang...
Suami : "hey Salmah, kenapa awak tak pakai baju langsung ni?? Apa dah jadi ni??
Salmah : "Inilah Love Dress saya Bang! Khas untuk abang!"
Suami : Oh tidak!
"Kenapa tak iron dulu...!"

Selasa, 16 November 2010
Ibubapa
Jumaat, 12 November 2010
Mentafsir Bahasa Lelaki
Menyingkap rahsia isyarat tubuh lelaki yang mengungkap pelbagai makna buat membantu anda memahaminya.
MENGANGGUKKAN KEPALA
Apabila kamu berbual dengan seorang lelaki dan dia mengangguk-anggukkan kepalanya, itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri kamu. Dia juga sentiasa sedia membantu apabila anda memerlukan pertolongan.
MENDEKATKAN BADAN
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada anda apabila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang kala bersikap keterlaluan.
MERENUNG
Lelaki ini jenis peminta, kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.
MENGGERAKKAN BADAN DAN TANGAN
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.
SUKA BERDIRI
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.
MEMANDANG MATA
Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapat hubunganya dengan orang tersebut.
SENSITIF DENGAN JARAK
Apabila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri dengan jarak tertentu bergantung kepada sejauh mana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.
MENIRU GERAK
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah dibawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.

Khamis, 11 November 2010
12 Perilaku Wanita Yang Tak Disukai Lelaki
Gosip, mata duitan, sering mengkritik dan terlalu bergantung pada lelaki ialah empat dari 12 perilaku wanita yang tidak disukai oleh lelaki. Apa lagi yang lainnya?
1.GOSIP
Mengkritik penampilan atau kepintaran orang lain ialah bentuk persaingan para wanita untuk secara verbal menyingkirkan para pesaingnya. Namun, untuk sekadar tahu bahawa kaum lelaki tidak merasa selesa berada dekat wanita yang kerjanya hanya mengkritik dan memperkecilkan wanita lain. Hal ini akan membuat si wanita kelihatan kerdil dan sempit.
2.MATA DUITAN
Tidak seorang lelaki pun yang inginkan wang ringgit atau harta kekayaan menjadi daya tarikan utamanya. Kebanyakkan lelaki bahkan beranggapan pertanyaan "Anda berkerja dimana dan sebagai apa?" ketika pertama kali berkenalan dengan seorang wanita itu adalah pertanyaan yang sama dengan "Berapa besar gaji anda setiap bulan."
3.SUKA MENCELA
Lelaki akan merasa tersinggung apabila seseorang secara konstan menunjunkkan kekurangan mereka. Tidak ada seorang pun yang suka untuk dikritik apalagi bila disebutkan bahawa mereka sebenarnya boleh melakukan sesuatu dengan lebih baik dalam apa2 aktiviti mahupun membuat keputusan dalam sesuatu masalah.
4.TERLALU BERGANTUNG PADA LELAKI
Sebilangan wanita suka mengharapkan seluruh kehidupannya kepada lelaki. Mereka tidak boleh memilih filem atau restoran tanpa nasihat dari lelaki. Mereka bergantung kepada seorang lelaki untuk melakukan segala hal dan selalu menelefon berulang kali dalam satu hari. Perilaku seperti ini boleh membuatkan lelaki menjadi gusar.
5.CEMBURU
Bila anda seorang pencemburu, maka itu bererti anda telah menjatuhkan diri sendiri dihadapan seorang lelaki. Cara terbaik untuk boleh terus mendekatkan diri dengan seorang lelaki ialah dengan memberikan kebebasan. Bila dia boleh dipercayai, maka lanjutkanlah hubungan itu. Bila anda dapat tahu kalau dia ternyata curang, maka tinggalkanlah dia dan mulai kehidupan dengan lelaki baru.
6.TIDAK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH
Lelaki tidak suka kepada wanita yang tidak mengatakan terima kasih setelah mereka bersusah payah mengatur pertemuan, memilih restoran atau mengajak jalan-jalan. Maka itu, ucapkan terima kasih saat dia pulang. Sangat bijak bila anda menelefonnya sekali lagi untuk mengucapkan terima kasih sekali lagi.
8.MENGINGAT CINTA LAMA
Bila seorang wanita terus menerus berbicara tentang hubungan cinta lamanya, maka lelaki akan beranggapan bahawa wanita itu sama sekali tidak tertarik padanya atau belum boleh melupakan kekasih lamanya. Lelaki juga boleh merasa terancam apabila diminta untuk menceritakan hubungannya dengan kekasih lamanya. Maka, jangan lakukan itu!
9.TUKANG PROTES
Jangan harap hubungan anda berhasil bila anda adalah seorang wanita yang selalu protes. Lelaki akan merasa dirinya dituntut bila si wanita menganggap ia boleh menyelesaikan semua masalah yang dikeluhkan kepadanya.
10.MEMBAWA TERLALU BANYAK BARANG
Berjalan-jalan atau bercuti dengan membawa beg barang yg banyak merupakan tanda bahawa wanita itu menganggap dirinya primadona yang memerlukan seorang lelaki untuk membantunya membawa barangannya itu. Jika benda-benda yang akan dibawa tidak cukup untuk dimasukkan dalam satu traveling beg, lebih baik tinggalkan saja barangan itu dirumah.
11.MENGUMPAT
Wanita biasanya suka bercakap kisah-kisah remeh, berborak seharian tentang sesuatu yang remeh seperti apa yang penata rambut mereka katakan atau sesuatu yang digosip oleh seseorang. Carilah topik percakapan yang lebih berfaedah seperti berita atau cerita yang lucu. Topik tersebut lebih menarik bagi lelaki daripada membincangkan hal-hal yang bersifat terlalu kewanitaan.
12.MEMBUAT DIA MENUNGGU
Dalam sesuatu wawancara, seorang lelaki berkata "Lelaki tidak akan pernah menginginkan orang lain menunggu ketika dia menggunakan minyak perapi rambut atau sedang mencukur kumisnya. Namun, seorang wanita sering membuat seorang lelaki menunggu saat ia berdandanan. Bahkan kadang2 sampai 45minit.

7.TIDAK PERCAYA DIRI
Lelaki akan merasa enak berada dekat wanita yang merasa nyaman dan percaya dengan dirinya sendiri. Ketika seorang lelaki memberikan pujian, yang diharapkannya adalah ucapan terima kasih. Itu sebagai tanda bahawa anda boleh menerima pujian. Jangan menafikan pujiannya kerana itu akan membuatnya kesal. 8.MENGINGAT CINTA LAMA
Bila seorang wanita terus menerus berbicara tentang hubungan cinta lamanya, maka lelaki akan beranggapan bahawa wanita itu sama sekali tidak tertarik padanya atau belum boleh melupakan kekasih lamanya. Lelaki juga boleh merasa terancam apabila diminta untuk menceritakan hubungannya dengan kekasih lamanya. Maka, jangan lakukan itu!
9.TUKANG PROTES
Jangan harap hubungan anda berhasil bila anda adalah seorang wanita yang selalu protes. Lelaki akan merasa dirinya dituntut bila si wanita menganggap ia boleh menyelesaikan semua masalah yang dikeluhkan kepadanya.
10.MEMBAWA TERLALU BANYAK BARANG
Berjalan-jalan atau bercuti dengan membawa beg barang yg banyak merupakan tanda bahawa wanita itu menganggap dirinya primadona yang memerlukan seorang lelaki untuk membantunya membawa barangannya itu. Jika benda-benda yang akan dibawa tidak cukup untuk dimasukkan dalam satu traveling beg, lebih baik tinggalkan saja barangan itu dirumah.
11.MENGUMPAT
Wanita biasanya suka bercakap kisah-kisah remeh, berborak seharian tentang sesuatu yang remeh seperti apa yang penata rambut mereka katakan atau sesuatu yang digosip oleh seseorang. Carilah topik percakapan yang lebih berfaedah seperti berita atau cerita yang lucu. Topik tersebut lebih menarik bagi lelaki daripada membincangkan hal-hal yang bersifat terlalu kewanitaan.
12.MEMBUAT DIA MENUNGGU
Dalam sesuatu wawancara, seorang lelaki berkata "Lelaki tidak akan pernah menginginkan orang lain menunggu ketika dia menggunakan minyak perapi rambut atau sedang mencukur kumisnya. Namun, seorang wanita sering membuat seorang lelaki menunggu saat ia berdandanan. Bahkan kadang2 sampai 45minit.
Ahad, 7 November 2010
Mak
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup..... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Langgan:
Catatan (Atom)