Isnin, 13 Jun 2011

Bercuti di Padang, Indonesia




Masuk update sekejap, hehe. Gambar ni, masa pegi bercuti kat Bukit Tinggi, Padang. Percutian yg best, memang sejuk kat sana. Shoping dan makanan pun murah. Sempat jugak bergambar ngan kereta kuda tu, hehe. Tambang murah, kemudahan pun banyak. 

Jumaat, 6 Mei 2011

Kawen Jugak Akhirnya...


Inilah gambar perkahwinanku utk dikongsi bersama... bz punya pasal, sampai muka pown pucat, tido lewat wat pelamin... Tak sempat nk make-up... Terima Kasih pada yg terlibat memeriahkan majlis ni... Majlis ni berlangsung pada 30 April 2011, bertempat di dewan Taman Cempaka, Ampang. Minta Maaf kalau ada sesiapa yg tak sempat nk jemput. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Khamis, 5 Mei 2011

Kembali berblog...

  Setelah sekian lama menyepi, kini aku kembali menulis blog... hehe... dari sibuk bekerja sampai la sibuk kawen... Alhamdulillah, smuanya sudah selesai... maaf kepada sesiapa yg mengenali diri ini yg aku  takjemput... sbb dibuat dgn penuh keserderhanaan... Maka hanya keluarga terdekat dan rakan2 terdekat yg sempat jemput... Nak jemput ramai2 takut makanan tak cukup plak.... Terima kasih kepada penaja2 yang sudi menaja majlis perkahwinanku kali ini... Tidak lupa juga kepada photographer, dari pg sampai petang yg sudi merakam detik2 indah itu dengan percuma... Terima Kasih Semua...

Khamis, 9 Disember 2010

SEGMEN CERPEN KREATIF

Satu lagi Segmen dari Ben Ashaari.


Bagaimana lah rasanya jika bumi yang dipijak ini kering kontang tanpa rumput yang menghijau, gunung-ganang yang tinggi telah menjadi bukit-bukau yang rendah, bak musim kemarau yang panjang. Aduh, siksa rasanya hidup ini, kehausan sepanjang hari menunggu sang hujan tak kunjung tiba, umpana menunggu bulan jatuh keriba. Setiap hari ku merasa bahang matahari yg terik membakar jiwaku yang lemah lagi lesu.


image
Alangkah indahnya duniaku, jika bumi yang kupijak ini ditumbuhi dedaun yang menghijau, air sungai yang mengalir deras tanpa pasang surut, dihiasi pula dengan pokok ru ditebing sungai. Aduh sungguh nyaman rasanya. Ingin sekali kuberteduh dibawah pokok itu yang berlatarbelakang gunung-ganang yang tinggi, mengadap sungai yang jernih airnya sambil mengarang cerpen untuk segmen Ben Ashaari kali ini.
  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...